5 Point Jerawat & Signal Yang Perlu Ambil Berat

by Siti Noranis on October 18, 2016

in Tips and Tricks

Sebenarnya, setiap kali jerawat bertumbuh di bahagian tertentu muka kita, itu adalah isyarat daripada badan kita dan kita perlu memberi pemerhatian kepadanya. Untuk membantu kita lebih memahami isyarat badan kita sendiri, kita perlu membaca secara teliti apa yang ditulis dibawah.

point-jerawat-signal-yang-perlu-ambil-berat

Point #1 : Dahi

Jika jerawat bertumbuh di dahi kita, ini bermakna haba badan kita melampau dan peredaran darah kita tidak baik. Kemungkinan minda dan badan kita telah terlampau letih dan tertekan. Untuk mengurangkan jerawat bertumbuh di dahi kita, bermula dengan hari ini, kita perlu pupuk tabiat tidur awal dan bangun awal supaya minda dan badan kita dapat rehat yang cukup. Selain itu jangan lupa minum air masak yang banyak.

Point #2 : Hidung

Jerawat yang bertumbuh di batang hidung kita ini bermakna kemungkinan tulang belakang kita bermasalah dan perlu mengambil titikberat. Jika jerawat bertumbuh di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sistem penghadaman kita tidak normal dan jika bertumbuh salah satu hujung hidung pula boleh dikaitan dengan masalah ovari atau masalah sistem reproduksi.

Point #3 : Dagu

Apabila jerawat bertumbuh di dagu kita, ini bermakna fungsi buah pinggang kita telah terjejas atau rembesan dalaman kita lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu ini kemungkinan berpunca daripada haid yg tidak teratur atau sistem peranakan yang bermasalah.

Point #4 : Pipi Kiri & Kanan

Jerawat bertumbuh di pipi kita juga punyai makna yang berlainan berdasarkan jerawat tersebut bertumbuh di pipi kiri atau pipi kanan kita. Jika jerawat bertumbuh di pipi kiri kita, ini bermakna fungsi hati kita mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan masalah penghasilan darah. Jika jerawat bertumbuh di pipi kanan kita pula, ini bermakna fungsi paru-paru kita mungkin tidak normal.

Point #5 : Badan

Dan akhirnya, jika jerawat bertumbuh di badan kita tanpa kira depan atau belakang, ini kemungkinan bermakna sistem perkumuhan kita bermasalah. Untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengikut pyramid pemakanan bagi memastikan toksin yang di dalam badan kita dapat disingkir daripada badan kita dengan lebih baik.

Pengedar Shaklee Johor. COD Senai, Kulai, Skudai dan Johor Bahru.
Whatsapp/Call/SMS 012-7253666

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: