Bagaimana Nak Cerahkan Muka Tanpa Hakis Kulit

by Siti Noranis on April 22, 2017

in Produk Shaklee

Cik Anis tahu ramai sahaja dikalangan kalian yang nak nampak sihat dan cantik dengan cepat. Seboleh-bolehnya kalian nak yang secepat mungkin. Baru-baru ini Cik Anis baca berita produk yang mengandungi bahan kimia beracun seperti merkuri. Sayang lah, kulit kalian sudah licin dan cantik. Kemudian kalian memilih produk yang boleh memudharatkan lagi.

Apakah Set Untuk Mencerahkan Kulit Muka Tanpa Menghakiskan Kulit?

Cik Anis nak kongsikan dengan kalian Set NutriWhite Shaklee. Set NutriWhite Shaklee ini hasil campuran nutrien semulajadi unik yang digabungkan dari 16 negara untuk mencerahkan kulit kusam dan meratakan tona kulit kita.

Set NutriWhite ini sangat sesuai untuk wanita kulit Asia macam kita.Set Kulit Muka Tanpa Bahan Kimia

Bagaimana Set NutriWhite Bertindak?

Set NutriWhite bertindak dengan 5 cara

Mencegah

Salah satu kulit kita rosak adalah dari kesan-kesan daripada matahari dan alam persekitaran. Set NutriWhite ini boleh tolong lindung kulit kita daripada sinaran UV matahari itu dari menjadi lebih gelap dan lebih rosak.

Mengurang

Menghasilkan pigmen hitam pada kulit daripada menjadi lebih gelap. Hasilnya kulit kita lebih cerah cantik dan mengurangkan warna kulit yang tidak sekata.

Menyekat

Kemudian pigmen hitam tadi berpindah ke dasar kulit untuk mengelakkan tompok hitam muncul.

Mencerah

Serlahkan kulit secara menyeluruh dari dalam

Memperbaharui

Menghilangkan sel mati yang keluar supaya kulit lebih cantik

Apakah Langkah Set NuriWhite?

 

Apakah Produk Set NutriWhite?

Gentle Action Makeup Remover

Ramai yang faham Makeup Remover ini hanyalah untuk tanggalkan kotoran selepas kita pakai mekap. Betul kan? Tidak lah. Sebenarnya kita pakai Remover ini untuk tanggalkan segala kotoran. Muka kita terdedah dengan macam-macam bahan yang kita dapat dari persekitaran kita dan juga lah makanan yang kita makan.

Caranya ialah kalian boleh ambil kapas. Calitkan sedikit remover ni. Kemudian gosok di seluruh muka. Bila dah gosok muka, boleh lah sambung gosok kat leher pula.

 

Gentle Deep Foaming Cleanser

Kita cuci muka dengan Foaming Cleanser. Pencuci muka ni sangat best. Muka kita akan rasa lembut dan licin. Pencuci muka ni boleh dicuci dua atau tiga kali sehari.

Pencuci muka ini boleh tanggalkan kotoran dan minyak yang sudah tidak guna. Lepas itu, tinggal lah minyak yang semulajadi di muka kita untuk kekalkan kelembapan kulit. Hati-hati ya kalian. Bila pencuci yang terlalu tegang dan licin selepas cuci, pencuci itu menghakis sebenarnya.

Minyak semulajadi itu selain boleh lembapkan muka, minyak itu boleh lindungi kotoran masih ada di udara ni.

 

Soothing Radiance Whitening Softener

Dalam Set NutriWhite, Soothing ini ialah toner. Bila kita pakai, kita boleh rasa yang toner ini sejuk sahaja. Caranya ialah kita ambil kapas muka. Tuangkan toner, kemudian tepek kan ke muka kita.

Biasanya selepas muka, Cik Anis akan tepek dan gosok juga lah ke seluruh leher dan dagu. Kihkih.

 

Daily Defense Whitening Essence

Daily Defense adalah antara produk yang sangat hebat. Bila kita pakai, kita boleh rasa kulit muka kita licin dan tegang. Bagi kalian yang jeragat, Cik Anis cadangkan wajib ambil juga yang ini.

 

Spot Whitening Treatment

Kalian risau yang tompok-tompok kan? Kalian boleh lah ambil Spot Whitening ini. Calitkan sedikit dan sapu pada bahagian muka yang warna berlainan dari kawasan yang lain.

 

Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15

Losyen pemutih ini sangat ringan. Bila kita memakainya, kulit kita terasa licin, lembut dan flawless. Khas untuk kalian yang sentiasa kelihatan kusam dan pucat.

 

Overnight Renewal Whitening Cream

Pesanan Cik Anis kepada kalian semua wahai wanita-wanita cantik jelita. Wajib ambil krim malam. Pada waktu malam lah, sistem badan kita bekerja untuk pulihkan segalanya. Termasuklah kulit muka. Kita panggil waktu ‘maintenance’.

Krim malam ini boleh tolong kulit kita untuk baiki sel-sel kulit. Percayalah, pengguna-pengguna krim malam ini sangat gembira bila pegang kulit muka dia orang. Lembut sahaja di pagi hari. Cewah!

 

Bagaimana Nak Dapatkan Set NutriWhite?

Kalian boleh menghubungi Cik Anis seperti butiran yang tertera di bawah ya!

 

Dikenali sebagai Cik Anis, pengguna, pengedar dan perunding perniagaan Shaklee sejak 2012 dan masih aktif sehingga kini.

SMS / Whatsapp : +60 12 725 3666
Shaklee ID : 887911

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: