10 Cara Nak Hilangkan Jerawat Supaya Tak Nampak Comot

by Siti Noranis on December 7, 2016

in Set Shaklee, Tips and Tricks

Jerawat satu pun risau, betul bukan? Barangkali kita berhabisan ribuan duit memilih produk yang bersesuaian. Bakal menyedihkan lagi, jerawat tidak juga hilang. Malahan lebih teruk lagi. Dalam kita tak sedar, penggunaan produk harian kita mungkin memberikan kesan pada jerawat kita.

10 tips mudah yang boleh diaplikasikan sebagai rutin harian sebagai langkah awal untuk menghilangkan jerawat yang datang tanpa diundang.

#1 Bersihkan muka

Ada jerawat ataupun tidak, sebelum kita mengambil wudhu tu boleh lah mencuci muka sehari dua kali untuk membuang segala kulit mati, kekotoran dan minyak yang berlebihan kat permukaan muka kita.

Beberapa produk pencuci muka Shaklee yang boleh digunakan

  • NutriWhite Gentle Action Make-Up Remover
  • NutriWhite Gentle Deep Foaming Cleanser
  • Enfuselle Purifying Cleansing Gel

Elakkan menggosok kuat dengan menggunakan kain kasar atau span. Cukuplah sekadar menggosok dengan tangan kita. Selepas tu cuci dengan air bersih dan keringkan tanpa menggosok dengan tuala bersih. Tekap-tekap pun sudah memadai.

#2 Pelembap

Kebanyakkan produk jerawat mengandungi bahan yang membuatkan kulit kita kering dan menggelupas.

Cadangan produk Shaklee untuk melembapkan kulit

  • NutriWhite Ultimate Protection Whitening Lotion
  • Enfuselle Balancing Moisturizer

#3 Sering mencuba produk yang kononnya dijamin tidak jerawat

Seringkali kita diingatkan pihak kementerian atau badan tertentu tentang produk yang diragui ujian klinikalnya. Kebanyakkan produk mengandungi bahan seperti benzoyls peroxide, salicylic acid, glycolic atau lactic acid yang boleh menternak bateria dan menyebabkan kulit jadi lebih kering. Mula-mula kawasan yang kering dan menggelupas tu kecil, lama kelamaan kekerapan penggunaan akan menjadikan kawasan itu menyeluruh.

#4 Hati-hati ketika menggunakan bahan mekap

Ketika muka kita berjerawat banyak, tundakan dahulu dari memakai foundation, powder atau blusher. Jika kita memakai, cuci lah mekap pada hari itu juga. Kalau boleh, pilih lah bahan kosmetik yang oil-free tanpa bahan kimia.

#5 Check semula syampu kita

Elakkan diri dari menggunakan minyak, pomades atau gel di rambut kita. Gunakan syampu dan conditioner semulajadi. Rambut yang berminyak boleh memberikan kesan ke muka kita lebih-lebih lagi jika rambut itu panjang.

#6 Jauhkan tangan gatal menyentuh / menggaru muka

Elakkan menyentuh muka atau cuba untuk menggaru muka. Kita bukan sahaja membiakkan bakteria di muka, malah menambahkan lagi muka kita yang sedia luka disebabkan jerawat. Tambah lagi menggunakan kuku yang boleh meninggalkan bekas.

#7 Cuba elak berjemur di matahari

Sinaran ultraviolet UV matahari boleh menambahkan keradangan muka  juga boleh menyebabkan kulit gelap. Sesetengah ubat jerawat sangat sensitif dengan cahaya matahari. Hadkan masa di bawah cahaya matahari, lebih-lebih lagi dari 10 pagi hingga 2 petang. Samada muka kita berjerawat atau tidak gunakan krim SPF 30 atau lebih sekurang-kurang 20 minit dari cahaya.

#8 Pengambilan makanan untuk kulit yang sihat dan cantik

Elakkan junk food, lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran dan gandum penuh dalam pemakanan kita. Makanan yang diproses serta mengandungi gula yang tinggi juga berkemungkinan menyebabkan jerawat. Kita boleh menambah vitamin untuk mencantikkan kulit.

Cadangan vitamin untuk menghilangkan jerawat antaranya ialah

  • Zinc
  • B Complex
  • Vitamin C
  • Vitamin E

Testimoni Cik Siti Nuratiqah yang berjaya hilangkan jerawat beliau dengan Set Shaklee dalam masa 4 bulan.

#9 Exercise setiap hari

Exercise berkala yang bagus untuk seluruh badan termasuklah kulit kita. Elakkan menggunakan pakaian atau peralatan yang sapu kat kulit kita. Jangan lupa mandi selepas exercise.

#10 Chill!

Stress juga boleh menyebabkan jerawat. Kaji tahap stress diri kita dan fikirkan jalan penyelesaiannya.

 

Pengedar Shaklee Johor. COD Senai, Kulai, Skudai dan Johor Bahru.
Whatsapp/Call/SMS 012-7253666

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: