7 Kebaikan Terbaik Vitamin C

by Siti Noranis on September 7, 2016

in Tips and Tricks

Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing.

Kebaikan Vitamin C

#1 Kecantikan Kulit

Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat. Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat

#2 Kekalkan Kolestrol Sihat

Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

#3 Baiki Simptom Pendarahan

Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

Tahukah Kita ! Bioflavonoid bertindak bersama dengan Vitamin C untuk membantu mengekalkan dinding kapilari darah dimana dapat mengurangkan risiko pendarahan. Bioflavonoid juga berkesan bagi mereka yang aktif sukan dengan melegakan kesakitan di kaki dan belakang

#4 Antioksidan

Antioksidan merupakan satu proses melambatkan radikal-radikal bebas kita rosak disebabkan faktor-faktor seperti stress, pencemaran dan lain-lain yang boleh berisiko dengan kolagen rosak, kulit kering dan kanser. Ada kajian menyatakan Vitamin C bukan sekadar antioksidan, malah membantu memperbaiki DNA di dalam badan.

#5 Detoksifikasi

Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

#6 Kurangkan Tekanan

Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

#7 Bantu Penyerapan Zat Besi

Zat besi mempunyai fungsi utama iaitu membawa oksigen ke seluruh badan kita untuk membekalkan tenaga dan menghasilkan antioksidan. Bagi mereka yang mengamalkan pengambilan zat besi secara konsisten, sangat digalakkan untuk mengambil Vitamin C dalam masa yang sama supaya dapat meningkatkan tahap penyerapan ke tahap paling optimum di dalam tubuh badan.

Jika berminat dengan Vita-C Plus Sustained Release?

Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.

 

Pengedar Shaklee Johor. COD Senai, Kulai, Skudai dan Johor Bahru.
Whatsapp/Call/SMS 012-7253666

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: