Sedang Mengalami Krisis Penyembuhan Sampaikan Kita Tak Tahan?

by Siti Noranis on January 17, 2017

in Tips and Tricks

Bukanlah menjadi satu perkara biasa bila kita sedang terseksa kerana tindakbalas detoks bila kita mulakan sesuatu yang baru dan sesuatu yang semulajadi. Krisis penyembuhan ini terjadi bila badan kita nak mengeluarkan atau nak membuang toksin-toksin yang ada di didalam badan kita.

Krisis penyembuhan terjadi bila sel-sel didalam badan kita melepaskan toksin-toksin yang sudah bertahun-tahun terkumpul. Kemudian organ-organ kita seperti kulit, paru-paru, hati dan buah pinggang tidak boleh melakukan proses pembuangan dengan cepat. Toksin tersebut masih berlegar-legar dalam peredaran di dalam badan kita yang boleh membuatkan kita loya, sakit kepala, keletihan, kelesuan dan beberapa lagi.

Setiap krisis penyembuhan ni sangat semulajadi dan sangat unik untuk setiap individu. Kadangkala ada yang mengalami krisis penyembuhan ni biasa-biasa sahaja, ada juga yang mengalami dengan teruk. Cuma kita harus memahami yang krisis penyembuhan ni cuma sementara dan selepas tu badan kita akan lebih sihat. Ada yang mengalami dalam 2-3 hari, ada juga yang mengalami berminggu-minggu malah berbulan-bulan. Bertabah ya!

Krisis Penyembuhan, Kemungkinan & Sebab

  1. Krisis Penyembuhan : Keletihan dan Kelesuan
    • Kemungkinan : Keasidan yang terlalu tinggi di dalam badan, hati lemah berfungsi, keletihan, memerlukan lebih rehat
  2. Krisis Penyembuhan : Sakit Kepala
    • Kemungkinan : Tekanan darah tinggi, tanda yang menunjukkan badan sedang mengalami proses detoks
  3. Krisis Penyembuhan : Demam dan Kegelisahan
    • Kemungkinan : Metabolisma meningkat, sistem imun badan sedang berstimulasi
  4. Krisis Penyembuhan : Cirit-birit, Air kencing berbau
    • Kemungkinan : Tanda yang menunjukkan badan sedang mengalami proses detoks, sisa-sisa terkumpul di dalam usus besar
  5. Krisis Penyembuhan : Kembung Perut, Perut Bergas
    • Kemungkinan : Sistem penghadaman yang lemah
  6. Krisis Penyembuhan : Ruam, kulit gatal, peluh berbau, mukus, kelemumur
    • Kemungkinan : Fungsi hati yang lemah, kesihatan kolon yang lemah, sistem pembuangan toksin di dalam badan
  7. Krisis Penyembuhan : Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berair
    • Kemungkinan : Fungsi paru-paru yang lemah, tanda badan sedang mengalami proses detoks
  8. Krisis Penyembuhan : Pendarahan hidung
    • Kemungkinan : Tanda anemia
  9. Krisis Penyembuhan : Kesakitan pada otot dan sendi
    • Kemungkinan : Badan berasid, toksin terkumpul di kawasan tertentu
  10. Krisis Penyembuhan : Terlalu sakit di bahagian tertentu
    • Kemungkinan : Mempercepatkan proses penyembuhan
  11. Krisis Penyembuhan : Insomnia / Terlalu aktif
    • Kemungkinan : Sistem saraf yang lemah
  12. Krisis Penyembuhan : Kitaran haid yang tidak teratur, kegatalan, cecair keluar dengan banyak
    • Kemungkinan : Hormon yang tidak stabil, proses membetulkan kitaran haid dan hormon
  13. Krisis Penyembuhan : Pendarahan ketika membuang air besar
    • Kemungkinan : Buasir
  14. Krisis Penyembuhan : Pening, rasa lapar
    • Kemungkinan : Hypoglycemia, Anaemia
  15. Krisis Penyembuhan : Loya, sembelit dan tersedu-sedu
    • Kemungkinan : Sistem penghadaman yang lemah, hati bermasalah
  16. Krisis Penyembuhan : Bengkak
    • Kemungkinan : Buah pinggang bermasalah

Tips Menghadapi Krisis Penyembuhan

  • Minum air masak lebih banyak daripada biasa (minima 3 liter)
  • Kurangkan dos/jenis vitamin yang di ambil atau ambil vitamin selang sehari
  • Usah berhenti makan vitamin yang sedang di ambil
  • Bersabar dan sentiasa berfikir secara positif
  • Berdoa kepadaNya agar krisis penyembuhan dipermudahkan olehNya.
SID Pro Johor
Hubungi +6012 7253 666

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: