Semua Dah Cukup, Masih Perlu Nak Makan Vitamin Lagi Ke?

by Siti Noranis on March 7, 2017

in Produk Shaklee

Kita rasa kita sudah cukup bersenam dan melakukan aktiviti sukan, makanan kita sudah cukup seimbang. Sampai lah kita rasa, kita sudah tidak perlu langsung vitamin tambahan ni. Betul ke? Marilah kita lihat point-point yang Cik Anis hendak terangkan ni.

#1 Pemakanan Mengandungi Bahan Kimia

Okay lah. Ini sumber paling ringkas yang kita selalu sahaja ambil iaitu sumber protein. Lepas itu yang paling murah ialah ayam. Sudah pasti kalian sudah mengetahui bahawa ayam yang dijual di pasar itu sudah di cucuk dengan antibiotik. Tujuannya ialah supaya ayam itu cepat membesar. Sudah sah-sah murah lagi. Mestilah penternak hendak untung kan.

Kebiasaannya ayam kampung mengambil masa 3-4 bulan untuk membesar dan boleh disembelih. Ayam ternakan pasar ni cuma 40 hari sahaja sudah boleh disembelih. Rasa-rasa bahan apa yang dicucuk itu?

Ha, itu baru ayam. Macam mana dengan sayur-sayuran yang dibaja dengan bahan kimia untuk mengelakkan serangga perosak? Pernah kalian fikir kesan sampingan bahan-bahan ini bila di dalam badan kita.

Kita hendak pilih sumber protein lain yang lebih mahal. Ikan pun mencecah belas-belas ringgit. Daging dan kambing lagi lah.

#2 Pencemaran Udara

Bagus sudah tu selalu bersukan dan bersenam. Cik Anis puji sangat dengan kalian. Cuma penekanan Cik Anis disini ialah kalian yang duduk di bandar yang pesat membangun. Lebih-lebih lagi kawasan perindustrian seperti Cik Anis ni. Walaupun tidak ada kawan serumah yang merokok, asap kilang dan asap kenderaan yang sudah lepas di udara ni merbahaya juga kan.

Syukur, impian boleh duduk di kawasan kampung yang aman dan udara yang segar. Tidak perlu jauh hingga ke New Zealand lah. Gua Musang di Kelantan atau Bukit Fraser pun cukup lah. Kihkih.

#3 Sumber Sayuran Buahan Kurang Nutrisi

Cik Anis ingatkan ayam pasar sahaja yang dipercepatkan. Rupa-rupanya sayur-sayuran dan buah-buahan pun sama. Sudah lah bumi semakin tua, zat pun sudah semakin kurang. Sewaktu ditanam pun sudah kurang. Kemudian sewaktu dipetik lagi, dan proses penghantaran lagi. Jadi, di tangan kita nutrisi apa lagi yang tinggal, berapa persen sahaja bakinya. Belum lagi zat yang berkurangan ketika dimasak. Silap-silap tinggal hampas sahaja lah. Redha ya tak?

Paling senang orang zaman sekarang yang Cik Anis nampak ialah setiap kali memasak, tambahkan kiub ayam lah ikan bilis lah ajinomoto lah. Punya lah nak sedap untuk memenuhi selera masing-masing. Kiub tu ada bahan kimia lah.

Contoh Cik Anis hendak terangkan ialah zaman dahulu menuai padi hanya 2 kali sahaja setahun. Maka tanah ni cukup masa lah nak kembalikan semula nutrien di dalamnya. Bila zaman dah serba canggih ni, sampai lah 4 kali. Kelam kabut tanah hendak cari nutrien. Itu setahun, dua tahun, tiga tahun dan seterusnya. Apa lagi yang tinggal.

Vitamin Bukan Lagi Pilihan Malah Keperluan

Kita nak tunggu bila lagi kan? Zaman sekarang ni pun sudah banyak penyakit yang pelik-pelik. Cik Anis pun sudah mula fikir, macam mana ya zaman anak cucu kita. Vitamin ini lah yang boleh mengisi nutrisi yang kosong lubang-lubang dan nutrisi yang tidak cukup untuk tampung keperluan badan kita.

 

Pengedar Shaklee Johor. COD Senai, Kulai, Skudai dan Johor Bahru.
Whatsapp/Call/SMS 012-7253666

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: