Set Mengandung Premium Shaklee

by Siti Noranis on March 3, 2017

in Set Shaklee

Syukur, pertama sekali Cik Anis hendak mengucapkan tahniah kepada kalian berdua suami isteri. Sudah pasti lah kalian berdua sangat gembira dengan berita bakal kehadiran insan comel ini. Marilah Cik Anis terangkan tentang nutrisi-nutrisi yang diperlukan oleh ibu hamil dan bayi.

Kenapa Ibu Hamil Perlukan Nutrisi?

  • Kesihatan dan pemakanan ibu memberi kesan terhadap kesihatan bayi untuk jangka masa panjang.
  • Pertambahan berat badan ibu hamil yang meningkat dengan cepat
  • Ketidakstabilan hormon ibu mengandung
  • Membantu mengurangkan risiko kompilasi ketika kelahiran bayi
  • Mempercepatkan pemulihan waktu berpantang
  • Penghasilan susu ibu seawal kehamilan sehingga dua tahun.

Vitamin Apa Yang Ada Dalam Set Mengandung Premium Shaklee?

#1 Zat Besi

Ibu yang mengandung memerlukan dua kali ganda zat besi ini berbanding wanita biasa. Badan kita sangat perlukan zat besi ini untuk menambah darah merah dan zat besi ini juga lah yang mengangkut oksigen yang di pam dari paru-paru kita ke seluruh badan.

Bila kita kekurangan zat besi, antara risiko yang bakal kita hadapi ialah bayi yang dilahirkan terlalu kecil dan kelahiran lebih awal. Selain itu apabila zat besi kurang, darah merah kita pun kurang lah. Itu yang membuatkan kita lebih cepat penat, letih dan tidak bertenaga.

Vitamin zat besi Shaklee yang Cik Anis sarankan ialah Vita-Lea Iron Formula.

#2 Asid Folik

Asid folik adalah superhero ketika hamil! Bila kita 400 mcg sebelum atau awal-awal kehamilan dapat mengurangkan risiko kelahiran dengan kecacatan tiub neuron dan masalah otak. Antara kompilasi lain ialah

  • kelahiran pra-matang
  • keguguran
  • gangguan pembesaran bayi
  • berat bayi rendah ketika lahir

Asid folik juga menyokong sistem saraf, penghasilan sel-sel darah merah dan menghasilkan tenaga.

#3 Vitamin C

Vitamin C ini ialah nutrien yang larut-air (water-soluble). Badan kita tidak boleh menyimpan Vitamin C dan juga tidak dapat menghasilkan Vitamin C. Jadi, kita kena lah mengambil sumber Vitamin C ini daripada makanan dan ditambah nutrisi lagi dengan suplemen.

Bila kita makan Vitamin C, Vitamin C boleh menolong zat besi diserap lebih banyak. Vitamin C juga membantu menambah sistem imun badan dan pembesaran fetus.

Lagi seronok ialah Vitamin C ini boleh membantu singkirkan bahan-bahan yang berbahaya. Bahan-bahan berbahaya ini biasanya kita dapat dari persekitaran, kosmetik dan pemakanan kita. Bayi kita pun selamat dari bahan yang berbahaya itu.

Vitamin Vitamin C Shaklee yang Cik Anis sarankan ialah Sustained Release Vita-C Plus.

#4 Protein

Protein boleh menyokong pembinaan dan pembesaran sel-sel fetus, pembinaan otak dan juga penghasilan darah merah. Lagi-lagi bila di trimester ke-2 dan trimester ke-3. Bila berada di dua trimester ini, waktu ini lah proses pembinaan dan penghasilan berlaku dengan cepat. Termasuk lah penghasilan susu ibu. Kalian yang berimpian untuk menyusukan susu sehingga dua tahun, boleh lah bermula dari sekarang.

Vitamin Protein Shaklee yang Cik Anis sarankan ialah ESP Soy Protein Isolate Powder.

#5 Kalsium

Selain Vitamin C, badan kita juga tidak boleh menghasilkan kalsium. Bagi ibu yang mengandung, kalian memerlukan 1000mg setiap hari.

Kalsium diperlukan untuk pertumbuhan gigi dan tulang bayi. Manakala ibu hamil memerlukan kalsium untuk menampung semula kalsium yang sudah diserap.

Tahukah juga kalian, kalsium pun boleh bantu menghantar mesej-mesej otak ke seluruh badan.

Vitamin Kalsium Shaklee yang Cik Anis sarankan ialah OsteMatrix.

#6 Omega-3

Kajian menunjukkan darah ibu yang mengandungi Omega-3 yang tinggi levelnya di ambil semasa mengandung melahirkan seorang anak yang mempunyai daya perhatian yang tinggi sampai lah anak itu berumur 2 tahun.

Sepanjang 2 tahun ini, tahap DHA anak itu masih rendah. Jadi, Omega-3 sangat membantu untuk pembinaan otak mereka sewaktu kehamilan. Di bandingkan dengan badan kita, kandungan DHA di otak dan sistem saraf lah  yang paling tinggi.

Pengambilan Omega-3 juga boleh kurangkan risiko alahan bayi yang mungkin bakal dihadapi oleh bayi sehingga lah mereka besar.

Vitamin Omega-3 Shaklee yang Cik Anis sarankan ialah OmegaGuard.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Set Mengandung Premium Shaklee?

Kalian boleh menghubungi Cik Anis seperti yang tertera di bawah ya.

Dikenali sebagai Cik Anis, pengguna, pengedar dan perunding perniagaan Shaklee sejak 2012 dan masih aktif sehingga kini.

SMS / Whatsapp : +60 12 725 3666
Shaklee ID : 887911

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: