Sikap Pemarah Beri Kesan Pada Kesihatan

by Siti Noranis on August 16, 2016

in Tips and Tricks

Marah merupakan tindak balas emosi semulajadi untuk menunjukkan rasa tidak puas hati, memberontak, tidak suka dengan sesuatu atau jika rasa terancam. Sesetengah orang berpendapat dengan marah, kita dapat menyelesaikan sesuatu masalah.Sikap Pemarah Beri Kesan Pada Kesihatan

Terpulang pada individu tersebut untuk mengawal sikap ini supaya tidak memudaratkan kita diri di kemudian hari. Disini terdapat beberapa kesan bila marah menguasai diri kita.

 

Bila kita marah, kelajuan mulut kita mengatasi kelajuan otak kita. Kawal lah ia sebelum ia ‘makan diri’

Kesan Marah #1 Otak

Kemarahan akan mengelilingi memori kita. Emosi yang memuncak akan memacu pelepasan hormon kortisol dan hormon-hormon stres yang lain dan ia akan mengalihkan pusat memori di otak kita.

Kesan Marah #2 Jantung

Dengupan jantung dan tekanan darah akan meningkat. Perasaan benci akan melepaskan hormon ADRENALIN, iaitu hormon yang boleh meningkatkan tekanan darah. Jika tekanan darah meningkat secara berterusan, dikhuatiri kita lebih mudah mendapat risiko penyakit strok dan penyakit jantung.

Kesan Marah #3 Mata

Kemarahan dapat memacu ocular migraines (migrain mata). Dalam keadaan ini kita akan melihat kilatan cahaya dan garis-garis yang tidak teratur. Ini disebabkan oleh penyepitan pembuluh darah di sekitar mata.

Kesan Marah #4 Gigi

Kadang – kadang, tanpa sengaja kita akan mengetap bibir dan mungkin juga mengetap gigi dengan kuat. Hal ini menyebabkan rahang kita menjadi sakit dan tak kurang juga ada yang terpatah giginya kerana terlalu kuat mengetap gigi menahan amarah yang memuncak.

Kesan Marah #5 Daya Tahan Tubuh

Perasaan marah akan menyebabkan berlakunya penurunan imunisasi kerana hormon EPINEPHERIN di pam kencang apabila amarah sampai ke ubun-ubun kepala. Itulah sebabnya dalam keadaan begini kita lebih mudah diserang pelbagai penyakit.

 

Ketahuilah terdapat pelbagai cara untuk mengawal sikap ini supaya tidak memudaratkan kita. Diharap perkongsian ini dapat memberikan manfaat pada semua ­čÖé

Pengedar Shaklee Johor. COD Senai, Kulai, Skudai dan Johor Bahru.
Whatsapp/Call/SMS 012-7253666

{ 1 comment… read it below or add one }

Ida Ifaz October 31, 2014 at 1:47 am

Patutlah Rasulullah kata orang yang kuat bukanlah orang yang gagah perkara, tetapi orang yang kuat adalah orang yang boleh menahan marah. Rupanya, memang orang yang suka marah, akan mudah sakit. Terima kasih atas perkongsian.
Ida Ifaz recently posted…Sakit Migrain Hilang : Selamat Tinggal Pain Killer dan ParacetamolMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: